. . . . .TIMEWAVE FX™ + CODED and DESIGN BY TIMEWAVE GO HOME $ ABOUT ME
Instaforex

25 Jun 2009

About My Self


Photo: Gambar Anak Bongsu - Mumtazah Bt Roslan

Nama kawe yang sebenar adalah Roslan Bin Ismail. Menggunakan nickname Matlan setelah memasuki alam siber sejak tahun 1996. Lepasan IPTA tempatan dalam bidang Mekanikal Engineering.

Anak jati negeri Kelantan. Dilahir dan dibesarkan di Kampung Alor Pasir, Wakaf Raja, Pasir Puteh Kelantan. Sudah berkeluarga dan mempunyai seorang putera yang bernama Ahmad Muazzin (11 tahun) dan dua orang puteri yang bernama Noor Muzaimah (9 tahun) dan juga Noor Mumtazah (7 tahun).

Baru menetap di Jaya Gading, Batu 10 Kuantan semenjak Mei 2009, sebelum itu menetap di Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam.

Sebenarnya isteriku yang ingin berpindah ke Kuantan kerana tidak mahu melihat Restoran Salam Pantai Timur di Subang Perdana dioperasi oleh orang lain. Untuk makluman;- aku gagal mengendalikan sebuah restoran (sempat operasi 3 tahun jer, 2005-2007 ) takkala sewa semakin uptrend, barang2 mentah semakin 'bullish', overhead semakin tinggi dan profit margin semakin 'strong downtrend' dan hampir Margin Called (MC) jadi saya dan my partner mengambil keputusan menjual saja restoran tersebut.

Buat masa sekarang saya berkerja di Shah Alam di sebuah syarikat Civil, Mechanical and Electrical Contractor sebagai Pengurus Syarikat. (Syarikat Kontraktor Kecik jer.......bukan aku punya lah ...

Saya dan Forex Trading


Berkecimpung dalam dunia forex semenjak Julai 2007. Itupun main demo akaun saja. Masa memula kenal Forex dulu memang x da stim pun, al-maklum masa tu banyak Program Online seperti HYIP, Swisscash, EAIndex , ABBFund dan banyak lagi.

Bila program tu semua kecundang mulalah beralih arah dan cuba mencintai forex pada penghujung tahun 2007.

Sebenarnya saya banyak mengetahui fenomena forex melalui laman forum Carigold.com setelah diperkenal oelh seorang pelanggan yang datang makan di restoranku. (Lupo doh namo dia...!!!) Walaupun saya 'kaki internet' semenjak tahun 1996 tak perasan wujudnya laman forum tersebut. Di forum tersebut (Carigold.com ) tempat saya banyak mengutip ilmu dan membuat kajian tentang forex.

Sebenarnya saya tidak menghadiri mana2 kelas forex secara formal kerana kawan saya Matju menasihat saya dengan hanya belajar di forum dan internet sudah cukup untuk memulakan pedagang matawang.


Terimakasih to my best friend Matju.

Real Akaun.

Real akaun forex bermula semenjak Mac 2008 setelah beberapa bulan mencuba demo akaun. 2 minggu jer akaun blow. Semenjak terlibat dalam bidang forex ini sudah 3 kali MC <<<<... itupun tahun lepas la... (Uuuwwaaaaaaaaaaaaa)

Dan di tahun 2009, bukan lah tahun yg betuah saya dalam bidang forex, tetapi sekurang-kurang cahaya kejayaan mulai menyinari, kerana dalam beberapa bulan ni akaun masih lagi terumbang-ambing. Tambahan pula saya tidak ada masa untuk berada di depan komputer kerana saya terpaksa berkerja diluar (memantau kerja2 yang dibuat oleh sub-kontrakor, sekiranya ada masalah besar, sekiranya ada masalah kecil aku henjut budak2 outstation, lepas tu aku layan forex jer) di seluruh semenanjung.




Matlan
Shah Alam
26hb Jun 2009

0 comments:

Economoney™ Calendar: Adjust Your Own TimeWave™


Economoney Calendar Powered by Forexpros.com

FreshFeed From FreshPips

Leave Your Money Here!!!

ADS...

ADS BY NeedEarn!!!!